Brunei Darussalam Mantapkan Pengurusan Zakat Melalui Platform eZakat Harta Wang Simpanan

Infomojokerto.id – Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam (MUIB) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi tertinggi dalam pengelolaan dan pentadbiran zakat di Negara Brunei Darussalam. Seiring dengan perkembangan teknologi digital, MUIB kini memperkenalkan kemudahan pembayaran zakat harta secara dalam talian (online) melalui platform eZakat Harta Wang Simpanan, hasil kolaborasi bersama Datastream Digital Sendirian Berhad (DST) dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

Pelancaran platform digital ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama merangkap Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei, dalam sebuah majlis rasmi yang diadakan di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.

Turut hadir bagi memeriahkan acara tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Naib Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei, serta ahli-ahli MUIB, pegawai kanan kerajaan, dan jemputan khas.

Dalam mesyuaratnya ke-5 Tahun 1445H/2024M, MUIB telah meneliti dan meluluskan pelaksanaan Perkhidmatan Pembayaran Zakat Harta Secara Dalam Talian oleh DST, mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Langkah ini dilihat sebagai usaha proaktif dalam mendukung Pelan Induk Ekonomi Digital 2025, khususnya dalam memperluas kesedaran masyarakat terhadap kemudahan e-perkhidmatan Islam.

Melalui laman sesawang ezakat.dst.com.bn, umat Islam di Brunei kini dapat menunaikan zakat harta dan wang simpanan dengan lebih mudah, cepat, dan selamat — tanpa memerlukan pendaftaran. Pembayaran dapat dilakukan kapan saja dan di mana saja menggunakan Easi, Mobi, atau Kad Debit, asalkan memiliki baki mencukupi.

Majlis pelancaran turut diisi dengan tayangan video tatacara pembayaran menggunakan eZakat serta video kewajipan dan keutamaan membayar zakat, diikuti dengan pameran platform eZakat oleh DST dan Klinik Zakat oleh Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal.

Menurut Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77, MUIB berwenang untuk:

  1. Bertindak sebagai pemegang wasiat dan pengatur harta warisan.

  2. Menjadi pemegang amanah utama untuk semua jenis wakaf dan nazar.

  3. Menghimpun serta mengurus kutipan zakat dan fitrah di seluruh Brunei Darussalam berdasarkan hukum syara’.

Sejak awal tahun 2024 hingga Ogos, jumlah kutipan zakat harta — termasuk zakat perniagaan dan wang simpanan — telah mencapai BND 19,646,467.79, atau sekitar sembilan belas juta enam ratus empat puluh enam ribu empat ratus enam puluh tujuh ringgit dan tujuh puluh sembilan sen.

Hasil kutipan ini diagihkan kepada enam golongan asnaf utama, yaitu Fakir, Miskin, Muallaf, Amil, Al-Gharimin, dan Ibnu Sabil, melalui pelbagai Skim Agihan Zakat yang dijalankan oleh MUIB. Hingga kini, sebanyak 3.399 penerima manfaat terdiri dari 1.197 ketua keluarga dan 2.202 tanggungan telah menerima bantuan di bawah Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat (JMZ).

Langkah digitalisasi melalui platform eZakat ini menandai transformasi penting dalam pengelolaan zakat di Brunei Darussalam, sekaligus memperkukuh visi MUIB untuk menjadikan zakat sebagai instrumen pembangunan sosial-ekonomi umat yang lebih efisien, transparan, dan berkesinambungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *